top of page
RLIK 201646.jpg

Peranan utama kulit adalah sebagai penghalang fizikal, yang melindungi tubuh badan daripada sebarang organisma merbahaya atau bahan-bahan toksin. Namun, kulit sering terdedah kepada elemen persekitaran tertentu dan mungkin dijangkiti oleh pelbagai mikroorganisma termasuklah bakteria, fungus, virus dan hama. 

Sesetengah bakteria, fungus atau virus boleh menyebabkan jangkitan. Penyakit jangkitan masih kekal sebagai salah satu penyakit utama di peringkat global. Oleh itu, penggunaan sabun badan antibakteria adalah amat penting untuk kebaikan semua. 

Sabun Badan Antibakteria Amaze berkesan untuk melindungi individu daripada sebarang jangkitan bakteria. Bebas daripada SLS, Paraben dan Triclosan, sabun ini sesuai digunakan untuk semua peringkat umur dan jenis kulit. Sabun badan Antibakteria Amaze membantu melawan kuman, melindungi dan mengekalkan kesihatan kulit untuk kulit yang licin, lembut dan lembap.

KEBAIKAN PRODUK

MELINDUNG DARIPADA  KUMAN

  • Mengandungi chloroxylenol yang melawan kuman bagi perlindungan berpanjangan 

 

KULIT SIHAI, BERSIH DAN SEGAR 

  • Mengandungi Vitamin B bagi kulit yang licin, lembut dan lembap

 

WANGIAN SITRUS SEGAR 

  • Wangian yang menyegarkan agar anda kekal bertenaga sepanjang hari 

BAHAN UTAMA

  • CHLOROXYLENOL 

    • Chloroxylenol mudah diserap oleh kulit dan tidak menyebabkan sebarang keradangan kulit.

    • Melawan dan menghapuskan bakteria, fungus, virus serta melindungi daripada sebarang jangkitan. 

  • VITAMIN B3

    • Membantu mengukuhkan lapisan perlindungan kulit yang mengekalkan kelembapan kulit dan mengawal penghasilan sebum. 

    • Mengandungi kesan anti-radang yang melindungi kulit dari tekanan oksidasi dari cahaya matahari dan pencemaran. 

    • Mengurangkan penampakan pori wajah dan memperbaiki tekstur kulit. 

  • VITAMIN B5

    • Memberi kelembapan kulit agar kulit lebih lembut, licin dan lembap. 

    • Agen anti radang yang melindungi kulit.

bottom of page