top of page

Serenity

RLIN 206186.jpg

Kehidupan seharian kini menjadi lebih sibuk. Setiap hari kita pasti akan mengalami tekanan dan kegelisahan. Mencari ketenangan di sebalik kacau-bilau, tugas-tugas dan tarikh akhir kerja mungkin amat sukar. Tekanan dan kegelisahan juga boleh di sumbangkan oleh tekanan kerja berlebihan, komitmen gaya hidup yang kian bertambah dan tidur yang tidak mencukupi. Keinginan untuk merehatkan minda bak peperangan yang tiada pengakhirannya. 

Aromaterapi merupakan amalan penggunaan minyak pati bagi manfaat terapi. Minyak pati mengandungi pati tumbuhan. la telah digunakan sejak berkurun lamanya sebagai rawatan tradisional dalam pelbagai budaya di seluruh dunia bagi membantu merehatkan dan menenangkan jiwa. Kini, kajian moden mengukuhkan lagi bahawa langkah tradisional ini boleh membantu menenangkan emosi, mengurangkan keresahan dan menangani gejala tekanan.

Serenity -The Calming and Soothing Blend Oil membantu dalam mengurangkan tekanan dan menambahbaik emosi seseorang. Di ambil dari daun Mentha piperita, atau Daun Pudina, aromanya yang segar dan bermentol memastikan anda kekal bertenaga sepanjang hari. Penggunaannya sebagal ubatan boleh dilihat ketika zaman Mesir Kuno di mana daun pudina kering telah ditemui di kawasan piramid. Aroma pudina yang aromatik adalah amat menyegarkan dan membantu memberikan rangsangan kepada otak sekaligus memberikan anda perasaan yang lebih tenang dan emosi yang terkawal. 

Miliki ketenangan dan lari dari kesibukan hidup anda dengan menghidu minyak pati Serenity yang diperbuat daripada 100% ekstrak daun pudina. Daun pudina dapat meningkatkan tenaga, ia adalah salah satu minyak pati yang paling kerap digunakan dalam aromaterapi. Penggunaan aromaterapi membantu menyegarkan dan memberi keseimbangan minda. la memberikan rasa tenang, membantu memperbaiki dan merawat emosi serta mudah untuk di sertakan dalam kehidupan seharian. Serenity memainkan peranan yang amat penting dalam membantu kesihatan secara menyeluruh! Ternyata ia merupakan solusi paling baik bagl harl-hari yang memenatkan.

Rawatan semulajadi dengan ekstrak daun pudina Serenity membantu dalam:

  • Memperbaiki emosi & meningkatkan tenaga 

  • Meningkatkan rasa tenang 

  • Menyejukkan dan menyegarkan 

  • Membantu menenangkan otot 

  • Mengurangkan sakit kepala 

  • Membantu mengurangkan keradangan kulit akibat alahan

  • Membantu gejala resdung (sinus) 

  • Agen mikrobial

  • Pencegah serangga semulajadi

Cara Penggunaan

Sapukan dan urutkan pada kulit

  • Merupakan antara cara penggunaan lazim bagi minyak pati. Sapukan ke bahagian tengkuk atau bahagian badan yang dinni. 

Melalui hiduan

  • Letakkan beberapa titis Serenity ke atas telapak tangan, usap bersama dan hidu aroma dengan melakukan beberapa pernafasan yang dalam.

Berat Bersih
15ml

bottom of page