top of page
RLID 200400.jpg

I PLUS – Pelindung Penglihatan

Acap kali kita dengar mengenai pentingnya mengutamakan kesihatan kendiri, dari penjagaan kesihatan kulit sehinggalah kesihatan keseluruhan. Namun, kita sering melupakan organ yang digunakan sehari – hari iaitu mata. Pada zaman moden ini, mata mungkin merupakan organ yang paling kerap digunakan, daripada kesan melihat paparan skrin digital secara berlebihan sehingga ke kerengsaan mata akibat pencemaran. Dengan perlindungan minima atau tanpa sebarang perlindungan, organ ini menerima pelbagai ancaman dari hari ke hari.

Penglihatan merupakan anugerah yang amat bernilai. Hampir 80 peratus penilaian yang dibuat oleh seseorang adalah melalui penglihatan. Manusia menggunakan penglihatan untuk merasai pengalaman, berkomunikasi dan bercerita. Perkara yang dibuat sehari – hari seperti pergerakan, berjalan, bercakap dan belajar juga berhubung rapat dengan deria penglihatan. Oleh itu, kesihatan mata bukanlah suatu pilihan tetapi merupakan kemestian.

Hampir satu bilion penduduk dunia mempunyai masalah mata dan gangguan penglihatan. Antara sebab utama berlakunya pengurangan penglihatan mata termasuklah degenerasi makula berkaitan usia (AMD), katarak dan glaukoma. Penglihatan seseorang berubah seiring dengan peningkatan umur. Namun begitu, hampir 80% kebutaan boleh dicegah dengan penjagaan mata. Kebanyakan mereka yang mempunyai masalah penglihatan berumur lebih 50 tahun, namun ia juga boleh menyerang mana-mana peringkat umur.

Menerusi gaya hidup moden penggunaan peranti digital, ketegangan mata digital merupakan masalah yang semakin meningkat yang dihadapi setiap hari. Kebanyakan orang, dewasa mahupun kanak-kanak, meluangkan masa yang lama setiap hari menggunakan peranti elektronik seperti komputer dan telefon pintar, sama ada di tempat kerja, sekolah mahupun di rumah. Peranti ini mendedahkan mata kepada jumlah cahaya biru yang tinggi. Melihat skrin peranti elektronik untuk jangka masa yang lama boleh mengakibatkan  keletihan mata, penglihatan kabur dan kekeringan mata.

Lindungi penglihatan anda dengan I Plus, suplemen penjagaan mata baharu yang diformulasikan khusus untuk membantu kesihatan mata. I Plus memberikan perlindungan penglihatan 360° dengan campuran Lutein, Zeaxanthin, ekstrak Saffron, ekstrak bilberry dan beta-karotin. Sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak, I Plus menjaga kesihatan mata jangka panjang dengan mengurangkan risiko penyakit mata di samping melegakan ketegangan mata dan bertindak sebagai penapis  cahaya biru.

Khasiat I PLUS:

  • Menyokong kesihatan mata

  • Mengekalkan penglihatan yang jelas dan terperinci

  • Mengurangkan risiko degenerasi makula berkaitan usia (AMD)

  • Mengurangkan risiko penyakit mata

  • Menapis cahaya biru digital yang berbahaya

  • Mengurangkan keletihan dan kekeringan mata

 

Nutrien Mesra Mata :

  • LUTEIN & ZEAXANTHIN

    • Menapis cahaya biru

    • Melindungi retina daripada kerosakan yang disebabkan oleh cahaya dan tekanan oksidatif

    • Mengurangkan risiko katarak

    • Memperbaiki degenerasi makula berkaitan usia (AMD)

    • Mengurangkan keletihan mata

 

  • EKSTRAK SAFFRON

    • Memperbaiki fungsi penglihatan

    • Memberikan sokongan antioksida kepada mata

    • Melancarkan aliran darah di retina dan koroid

 

  • EKSTRAK BILBERRY

    • Sumber anthocyanin yang baik

    • Mengekalkan aliran okular yang sihat

    • Memperbaiki keletihan dan kekeringan mata

    • Menggalakkan pelinciran mata yang sihat

 

  • BETA KAROTIN

    • Sejenis pro-vitamin A

    • Mengurangkan risiko kehilangan penglihatan

    • Menggalakkan kesihatan kulit

 

Kenali Masalah Penglihatan Biasa Dialami

Mata Kering

Mata kering berlaku apabila kelenjar air mata tidak dapat menghasilkan lubrikasi dan kelembapan yang mencukupi untuk mata. Mata kering boleh mengakibatkan ketidakselesaan, rasa gatal, rasa pedih dan dalam keadaan yang serius, akan menyebabkan kehilangan penglihatan.

 

 

Ketegangan Mata

Ketegangan mata merupakan masalah lazim yang dialami kanak-kanak dan dewasa di pelbagai peringkat umur. Ia disebabkan oleh penggunaan mata yang berlebihan bagi tujuan membaca, pemanduan jarak jauh atau melalui penggunaan peranti digital bagi jangka masa yang lama. Ia merupakan keadaan yang menyebabkan ketidakselesaan pada mata tetapi tidak  serius. Gejala-gejala ketegangan mata termasuklah penglihatan kabur, gatal dan pedih mata.

Degenerasi Makula Berkaitan Usia (AMD)

AMD merupakan antara sebab utama kehilangan penglihatan. Ia merupakan penyakit mata berkaitan usia. Keadaan mata ini akan menyebabkan kerosakan makula, iaitu kawasan yang berada di tengah retina yang membolehkan seseorang melihat sesuatu dengan jelas dan terperinci. 

Glaukoma

Glaukoma berlaku apabila pengumpulan cecair di mata menyebabkan tekanan, merosakkan saraf optik seterusnya menyebabkan kehilangan penglihatan. Kebanyakan mereka yang mengalami glaukoma tidak mempunyai gejala awal atau kesakitan dari peningkatan tekanan yang berlaku dan akan menyebabkan kehilangan penglihatan kekal.

Katarak

Merupakan salah satu masalah mata lazim dalam kalangan warga tua. Katarak merupakan penyakit selaput mata yang menyebabkan penglihatan menjadi kabur tanpa rasa sakit. Ia bersifat progresif seiring dengan peningkatan usia. Katarak boleh menyebabkan kehilangan penglihatan kronik.

bottom of page