top of page

REOXLIFE Pro W+ Gold

RLID 200033.jpg

Nikmati Zaman Usia Emas dengan REOXLIFE Pro W+ Gold Diinspirasikan Dari Zaman Silam

Lumrah kehidupan seorang wanita merupakan proses yang amat mengagumkan. Diibaratkan bak proses metamorfosis, peringkat kehidupan seorang wanita melambangkan fasa pertumbuhan indah, kematangan dan proses pengecutan sebelum kembali ke bumi. Sepanjang hayat, kitaran haid seseorang wanita akan berubah dan berkembang seiring dengan pertambahan usia akibat perubahan hormon. Setiap perubahan fasa membawa seseorang wanita ke tahap kehidupan yang seterusnya.

Pertambahan usia sering dipandang enteng dengan tanggapan bahawa menopaus datang dengan pelbagai gejala yang tidak diingini. Namun, fasa menopaus sebenarnya boleh membawa impak positif terhadap kehidupan seorang wanita jika ditangani dengan bijak. Walaupun mungkin berlakunya kesulitan ketika perubahan fasa, pengalaman menopaus yang dilalui kebanyakannya memberi wanita erti kebebasan baru disamping pertumbuhan peribadi.

Pada peringkat permulaan, kebanyakan wanita akan mengalami pelbagai perubahan yang amat ketara. Peringkat ini acap kali melibatkan pergolakan fizikal, mental dan emosi dengan kesan yang berpanjangan. Selain itu, antara perkara lazim lain yang berlaku turut melibatkan –haid yang tidak teratur, rasa panas berpanjangan, peluh berlebihan ketika tidur malam, masalah tidur kronik (insomnia), perubahan emosi, sakit kepala, disfungsi seksual dan serangan gejala psikologi seperti kegelisahan, kemurungan, kurang daya konsentrasi serta pelupa.

Jadikan pengalaman menopaus anda sesuatu yang positif dengan REOXLife Pro W+ Gold. Dengan gabungan bahan semulajadi yang unik bersama formulasi khas Micro-Mineralised Nutrient Technology (MMNT) dari Return Legacy, REOXlife Pro W+ Gold berfungsi untuk menstabilkan hormon dan menyokong keadaan emosi di samping memberikan perlindungan anti-oksida. Diformulasikan bagi membantu mengurangkan gejala menopaus dan menyokong kesihatan wanita secara menyeluruh, REOXLife Pro W+ Gold menjanjikan pengalaman perubahan fasa yang baik.

 

Solusi Zaman Silam

REOXlife Pro W+ Gold diadun bersama Estro-G, yang mengandungi tiga bahan botanik yang telah digunakan sejak berkurun lamanya dalam membantu mengurangkan gejala menopaus - Cynanchum wilfordii, Phlomis umbrosa dan Angelica gigas Nakai. Sejak beberapa tahun yang lalu, ujikaji dan ujian yang telah dijalankan membuktikan bahawa herba-herba ini adalah selamat dan berkesan dalam membantu menyokong kesihatan wanita yang mengalami menopaus.

 

  • Cynanchum wilfordii digunakan secara tradisional di Korea bagi menggalakkan penuaan yang sihat dan meningkatkan nafsu seksual.

  • Phlomis umbrosa digunakan di China sebagai ramuan di  dalam teh dan tonik bagi mengurangkan gejala menopaus dan menyokong kesihatan emosi.

  • Angelica gigas Nakai dikenali sebagai ‘Ginseng Wanita’, ia digunakan di Korea bagi merawat pelbagai masalah kesihatan sakit puan.

 

Selain Estro-G, setiap peket REOXlife Pro W+ Gold juga mengandungi 4 lagi bahan berasaskan tumbuhan yang selamat dan efektif:

  • Pueraria Mirifica meningkatkan tenaga, kesuburan dan membaiki peredaran darah

  • Fenugreek mengurangkan gejala menopaus dan pra-menopaus serta memperbaiki kualiti kehidupan seorang wanita

  • Fennel Seed mengurangkan gejala vasomotor dan mengekalkan kesihatan usus.

  • Dandelion menghidratkan kulit dan memberi kesan anti-penuaan

 

Kebaikan REOXlife Pro W+ Gold:

  • Mengurangkan gejala menopaus

  • Mengembalikan kestabilan hormon, meningkatkan kecergasan dan menyokong sistem imunisasi

  • Mengurangkan gangguan emosi berkaitan umur

  • Mengurangkan rasa panas, peluh malam dan kegelisahan

  • Menggalakkan tidur yang lena

  • Meningkatkan nafsu seks dengan mengurangkan kekeringan dan kerengsaan vagina

  • Membantu mengekalkan bentuk tubuh ideal, kulit yang sihat

  • Memberikan rambut sihat

  • Membantu pertumbuhan tulang

  • Melindungi hati

 

Mengenai Menopaus

Menopaus berlaku apabila ovari menua dan tidak lagi menghasilkan hormon reproduktif. Menopaus tidak berlaku secara mendadak atau serta-merta. Ia merupakan sebuah proses berskala apabila wanita mencapai umur 45 hingga 55 tahun. Fasa-fasa menopaus termasuklah pra-menopaus, ketika menopaus dan selepas menopaus.

Pra-menopaus merupakan transisi kepada menopaus. Ini berlaku apabila kitaran haid anda menjadi kurang teratur daripada kebiasaan akibat berlakunya perubahan hormon yang mendadak. Menopaus berlaku apabila seorang wanita tidak lagi mengalami haid dalam tempoh 12 bulan secara berterusan, manakala selepas menopaus merujuk kepada tahun-tahun selepas berlakunya menopaus.

Perubahan Hormon

Kebanyakan perubahan yang berlaku yang menjurus kepada menopaus adalah disebabkan oleh perubahan hormon yang dihasilkan oleh ovari iaitu estrogen. Estrogen merupakan hormon utama dan memainkan peranan penting bagi keseluruhan kesihatan wanita. Estrogen membantu dalam mengekalkan kesihatan sistem reproduksi. Jika aras estrogen adalah rendah, ia boleh mengganggu perkembangan dan fungsi seks. Ia juga boleh mengakibatkan obesiti, osteoporosis dan penyakit kardiovaskular.

Wanita yang mengalami menopaus sering mengalami perubahan aras estrogen. Estrogen berfungsi bersama kalsium, vitamin D  dan bahan mineral lain dalam memastikan tulang kuat. Oleh itu, jika aras estrogen anda adalah rendah, anda mungkin akan mengalami perubahan dalam jisim tulang. Kekurangan estrogen juga boleh mengakibatkan gejala pelupa, kekecewaan dan perubahan emosi.

 

Cara Penggunaan

Ambil satu peket setiap hari seperti yang disyorkan oleh pakar pemakanan atau doktor anda. Produk ini adalah bagi kegunaan wanita yang mengalami gejala menopaus.

bottom of page