top of page

​   Penyakit:                

Masalah jerawat yang serius selama bertahun-tahun


Saya mengalami masalah jerawat sejak umur 14 tahun, ibu bapa pun selalu membawa saya ke pusat kecantikan, dan telah membelanjakan banyak duit. Selain itu, saya juga mengalami kesakitan yang menderita apabila pakar kecantikan kulit picit jerawat saya. Saya telah mencuba banyak cara dan mengguna masa yang panjang, tetapi masalah jerawat tetap tidak selesai. Lama-kelamaan, muka saya timbul lubang-lubang kecil. Masalah ini meresahkan saya sehingga mengenali produk Return Legacy, dan masalah jerawat yang berpanjangan ini telah pun diselesaikan!

Disebabkan masalah jerawat yang serius, saya berasa rendah diri. Pernah sekali saya diejek oleh orang lain didepan umum, pada masa itu saya hanya ingin balik rumah dengan secepat mungkin dan tidak berani untuk menentang, hanya menangis sendiri di rumah. Masa saya belajar di kolej, saya selalu dijadikan topik pensyarah disebabkan oleh masalah jerawat. Pada usia muda yang begitu berharga, semua perempuan berkejar-kejar untuk kecantikan, tetapi muka saya pula penuh dengan jerawat yang tidak boleh ditutupi walaupun menggunakan foundation yang tebal. Saya hanya ingin menyorokkan diri dan tidak berjumpa dengan sesiapa. Rendah diri adalah apa yang tertinggal pada usia remaja saya.

Pada tahun 2015, saya terbaca testimoni RL melalui internet. Selepas pemerhatian yang lama, saya berputus untuk mencuba produk tersebut (RL). Tidak sangka saya menggunakan produk RL dalam masa hanya dua minggu, saya perasan mempunyai peningkatan yang ketara. Selain itu, masa saya mengandung anak kedua, muka saya tiba-tiba penuh dengan jerawat. Potent dan Mediterranean Gold membolehkan masalah jerawat saya sembuh dalam masa 4 bulan. Kesannya memang memeranjatkan saya. Jika kembali ke masa dahulu, masalah jerawat yang serius ini mesti mengambil masa 1 tahun untuk sembuh. Saya amat bersyukur produk RL mengembalikan keyakinan saya, Saya memang berterima kasih banyak!

Produk:

REOXlife Potent

REOXlife Mediterranean Gold

bottom of page