top of page

​   Penyakit:                

Tanpa Kebimbangan Dengan H+



Pada 3 September, tengah hari, saya membawa anak saya untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya yang berkonsepkan apartmen. Resepsi perkahwinan diadakan di taman yang bersambungan dengan balkoni dan pintu dibiarkan terbuka. Anak saya yang lebih kecil berlari ke sana ke mari di taman beberapa kali, dan saya sentiasa mengikutinya dengan rapat. Dia semakin biasa dengan laluan taman.


Saya tidak pasti bila pintu kaca ^tersebut ditutup, dan cahaya matahari di taman menyinari melalui pintu kaca ^itu, seolah-olah pintu masih terbuka. Ketika saya dan kakak saya sedang berbual selama kurang dari 5 minit, kami mendengar bunyi kuat ('bang!'). Semua tetamu dan saya tergesa-gesa berlari dan melihat anak saya terduduk di atas tanah. Dia telah terlanggar pintu kaca yang menghubungkan ke taman. Anak saya tidak menangis, tetapi dia mempunyai benjolan besar di dahi.


Ketika kami pulang ke rumah, saya segera menyemburkan H+ pada dahi anak saya kerana H+ dapat mengurangkan pembengkakan. Selepas beberapa semburan berturut-turut, saya perasan bahawa benjolan di dahi anak saya telah berkurang sedikit. Pada waktu petang, benjolan tersebut benar-benar berkurang banyak. Namun, ahli keluarga masih sangat risau dan terus menelefon saya, mendesak saya untuk membawa anak saya ke doktor. Keesokan harinya, saya membawa anak saya berjumpa doktor. Selepas mengajukan beberapa soalan kepada anak saya dan memeriksanya, doktor mengatakan bahawa anak saya tidak mengalami masalah serius. Saya menunjukkan foto yang diambil pada hari pertama anak saya terhantuk kepala kepada doktor, dan doktor terkejut, berkata, 'Itu benjolan besar!' Kerana H+, benjolan di dahi anak saya hilang begitu cepat.


Selepas berjumpa doktor, saya memberitahu ahli keluarga saya bahawa anak saya baik-baik saja, dan mereka tidak perlu risau lagi. Tidak sampai seminggu, benjolan di dahi anak saya kebanyakkannya sudah hilang, hanya meninggalkan sedikit kesan lebam. Saya benar-benar bersyuku mempunyai H+ kerana ia membolehkan saya, sebagai seorang ibu, merasa begitu tenang. Kejadian tiba-tiba yang melibatkan kanak-kanak selalu membuat ibu bimbang berlebihan, tetapi dengan H+, ia benar-benar memberikan ketenangan kepada saya dan anak saya.


Produk:

REOX Series H+

bottom of page